10 Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

0

Bagi anda yang baru pertama kali dipanggil ke sesi temuduga terutamanya temuduga untuk kemasukan latihan Separa Perubatan, pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut. Sebagai langkah persediaan, kami akan kongsikan tips menghadapi temuduga Separa Perubatan untuk anda.

Rujuk juga: Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan 2015

Ianya ditulis berdasarkan pengalaman sebenar calon-calon yang pernah hadir temuduga Separa Perubatan baru-baru ini.

Perlu anda ingat bahasa tips menghadapi temuduga Separa Perubatan ini hanya boleh dijadikan panduan asas sahaja. Maklumat sebenar bergantung kepada panel yang bakal menyoal anda. Oleh itu jadikan maklumat ini sebagai asas persediaan temuduga Separa Perubatan yang bakal anda hadapi.

1. Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.

2. Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan kedua belah tangan. Usah beri sebelah tangan kerana anda kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk ditemuduga.

3. Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk. Usah duduk sebelum diizinkan. Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel. Jangan silang kaki kerana akan kelihatan seperti tidak sopan.

4. Perkenalkan diri dan latar belakang akademik. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Cakap dengan lantang dan bertenaga.

5. Mengapa anda pilih bidang Separa Perubatan? Jawapan yang diperlukan ialah bergantung pada bidang latihan yang anda pilih. Rujuk laman ini untuk mendapatkan contoh [letakan link affiliate anda].

6. Anda akan disoal mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan Separa Perubatan contohnya body mechanism. Pilih satu tajuk yang mudah dihuraikan seperti blood clotting atau digestive system. Maklumat ini anda boleh cari di internet.

7. Anda akan diberikan beraneka jenis soalan termasuk soalan yang melibatkan situasi sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya, anda mempunyai masalahdi rumah, dengan keluarga, suami atau anak-anak kemudian di tempat kerja berhadapan pula dengan pelbagai ragam pesakit, bagaimana anda menjalankan tugas bila menghadapi situasi berkenaan?

8. Soalan-soalan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti nama Menteri Kesihatan dan nama-nama individu yang berada dalam organisasi tersebut.

9. Semasa menjawab soalan, elakkan daripada memberikan respon seperti tidak tahu, kurang pasti atau rasa-rasanya. Berikan jawapan sebaik yang boleh. Rujuk kepada fakta yang sahih.

10. Percakapan anda mestilah selari dengan gerakan tangan. Usah bergerak secara berlebih-lebihan. Ingat bahawa tindak-tanduk anda sedang dinilai.

Kesimpulannya, hadir ke temuduga Separa Perubatan adalah satu kejayaan kerana anda telah berjaya melepasi tapisan di peringkat awal. Oleh itu anda perlu menghargai sesi temuduga tersebut dengan membuat persediaan awal.

Untuk melengkapkan persediaan temuduga Separa Perubatan anda, calon juga boleh merujuk contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang lepas untuk mempersiapkan diri menghadapi sesi temuduga nanti.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.